Setelah dua tahun Gue dok menulis blog Sinners Almanac di dalam bahasa penjajah (God Save The Queen!), Gue nak kembang kepak sikit untuk menulis blog di dalam bahasa ibonda. Kalau 'fail', takpe la... kita cuba je.
Hikayat Hang Tuah. Siapa penulis sebenarnya? Tuhan saje yang tau... |
Nama 'Chembul' ni Gue petik dari senaskah buku Hikayat Hang Tuah berusia 50 tahun yang telah dihadiahkan pada Gue dahulu oleh intan-payung-timang-hati Gue. Perkataan 'chembul' (atau mengikut bos bahasa dekat Dewan Bahasa 'cembul') adalah satu bekas antik diperbuat daripada logam (perak, tembaga etc...) untuk menyimpan makanan, air, minyak, tembakau, sirih, kapur dll. Di dalam cerita moyang kita, Laksmana Hang Tuah waktu itu dalam perjalanan ke Istanbul untuk mengadap Khalifah Islam, tapi dalam ekspidisi ini HT buat 'detour' sat ke Tanah Suci Mekah.
Tak jauh dari Mekah, HT bertembung dengan seorang tua di padang pasir. Setelah memberi satu riyal perak kepadanya untuk belanja makan, orang tua itu melompat-lompat gembira dan lalu memeluk dan mencium kepala HT dan berkata. (Ok, dari sini Gue sambung dari Hikayat Hang Tuah) -
"Hai anak-ku Laksmana, ambil-lah chembul ini. Apabila engkau tiada tahu berkata2 dengan bahasa orang itu maka engkau keluarkan ayer-nya dalam chembul ini, sapukan pada mulut-mu dan telinga-mu, maka tahu-lah kamu serba bahasa orang itu. Aku-lah Nabi Hidhir(Khidr)."
Maka orang tua itu pun ghaib-lah.
................
Tak reti bahasa ke, depa ni? Uuuh... runsing... bengang... |
Kalau kita nak tunggu Nabi Khidr (as) menjelma dan kasi kita chembul magika tu, memang sampai matahari naik sebelah Barat pun tak kesampaian. Sebab manusia sekarang bukan sahaja ada bodoh sikit cakap dalam bahasa asing, malah dalam bahasa sendiri pun ada masalaah antara orang sebangsa. Daripada salah faham sesama Melayulah mula kita bergaduh, berteriak dan menjerit-jerit macam pelesit.
Kita mungkin takde chembul Nabi Khidr(as), tapi Nabi kita adalah Nabi Muhammad (saw) dan dia mempunyai chembul yang tak boleh bilang nilainya, iaitu Sunnah Baginda yang berlandaskan hati yang suci, dan perwatakan dan budi-pekerti yang tiada bandingan. Gue rasa kalau kita membawa sedikit gaya Nabi(saw) walau sezarah pun yang sentiasa bersabar, rendah diri dan menerima segenap jenis manusia, memang masyarakat kita akan lebih tenteram dan 'branding' Melayu dan Malaysia akan harum di depan hidung dunia dan yang lebih penting lagi, di sisi Pencipta Dunia (swt)...
OK, itu saje posting pertama Gue.
wa min Allah at-taufiq